Sunday, May 12, 2013

baby "accident"

Assalamualaikum, salam sayang pd yg sudi singgah d blog yg x berapa nak meriah nie.. Wlupun masih bertatih dlm penulisan blog, tp Ibu qis rase sgt2 teruja utk bkongsi pngalaman semasa mngandung & mase melahirkan qis..

Sebenarnya, kehadiran qis dlm hidup ibu qis adalah 1 pkara yg x d sngka2 krna mase tu ibu qis masih belum bersedia nak mngandung lagi mmndangkan anak yg pertama "muhammad qabil haziq" baru berumur 10bulan.. Perasaan yg x dpt di ungkap dgn kata2 mase wt test upt (+), suka ke,bsalah ke, mcm2 ada.. En hubby mmg suka la.. Hehehe.. Bukan ibu qis tak suka,sbnarnya lebih pd tidak bersedia.. Iya la kann.. Anak pun belum cukup umur setahun & nurse2 pun da pesan kalau nak mengandung lagi tunggu anak umur 2 tahun.. Tapi,siapa kita utk menidakkan kejadian Allah swt.. Ape pun ibu qis redha & menjaga kandungan dangan baik.. Syukur alhamdulillah,ibu qis tidak mengalami sebarang alahan dan takde pun nak mengidam macam2 same spt ibu qis mengandungkan abang qis..

Qis di jangka lahir 8/3 iaitu hari wanita,tapi qis lahir lewat sehari 9/3/2012 pd pukul 10.30 pg.. Org kata,kalau lahirkan anak kedua tak sakit macam lahir anak pertama.. Sebenarnya,sama je rasanya.. Hehehe.. Mngkin org tak nak kita takut dan teringat2 kesakitan semasa melahirkan anak pertama.. Berat qis mase lahir adalah 2.5kg.. Ucapan terima kasih yg tidak terhingga utk nurse2 yg bagi moral support spnjang ibu qis bertarung nyawa melahirkan qis..

Benarlah kata org, selepas menatap bayi kita segala kesakitan,kepenatan hilang dengan serta merta.. Macam magik wa cakap lu., huhuhuu.. Qis sgt2 comel( semua ibu akan merasai perkara yang sama).. Putih kemerahan macam pakai bedak.. Subhanallah,sungguh indah ciptaanNya., rase sunguh2 bersalah sbb ibu qis mnggelar qis "anak accident" spnjang mngandungkan qis.. Malah ibu qis pernah makan banyak nenas bila period lewat 3hari.. Tp qis kuat, Rupa2nya inilah rahsia Allah swt yg kita sndiri tak tahu.. Kadang2 bila org nak sgt baby,lambat dia  dpt,bila belum bsedia,Allah swt nak bg..

Taddaaaa.. Ini Lah wajah qis selepas 4jam di lahirkan.. Comelkan...(perasan je ibu qis nie)

Semasa umur qis berusia 3hari,adik ipar ibu qis perasaan ada 1 lubang kecik di leher kanan qis dan ada benjolan kecil yg bertekstur lembik.. Ibu qis picit jer,keluar cecair seakan minyak.. Ibu qis ada bertanyakn pkara tu pada doctor,dan doctor diagnosis benjolan tu adalah "branchial cyst".. Nak tau apa dia,google ye,. Ekekekek.. (nanti ibu qis nak cerita ttg branchial cyst,apa yg terjadi pada qis ye) itu kat tajuk lain,akan di sertakan gambar2 & video eksklusif mgenai pnyakit qis di blog ni.. Kita cerita pasal qis dulu mcm mana orgnya.. Hihihii..

Qis seorang bayi yg sgt cerewet sbb nya qis tak mau minum susu dalam botol waima susu perahan.. Mcm2 ibu qis beli puting susu,qis tak nak minum & sanggup berlapa smntara ibu qis bekerja.. Di sbbkan qis xnak minum susu botol,berat qis sntiasa berada dalam line kuning,manakala ibu qis yg naik berat badan,naik dan sntiasa naik.now dah macam pelampung.. Huhuhuu.. Sehingga kini berat qis hanya 6.6kg ketika usia 1.2tahun.. Qis tak suka makan,x nak minum susu botol.. Qis minum pakai straw seawal usia 8bulan.. Itu pun sikit sgt dia minum,orang kata wat basah tekak.. Mmg cerewet.. Sbb nya qis sanggup tahan lapar meraung2 smpai ibu qis balik rehat.. Nasib naik tmpat keje ibu qis dekat ngan rumah,boleh jgk balik susukan qis... Kalau tgok qis face 2 face org xkan sangka umo qis da mencecah setahun kerana orangnya kurus macam tak cukup makan.. Ibu qis beli macam2 vitamin untuk qis tapi hasilnya sama saja.. Takpe la,walaupun qis kecik molek tapi qis sgt aktif & sihat..

Ok la,smpai d sini dulu,ibu qis nak tidurkan qis.. Kita jumpa lagi.. Da baca tu,komen la sikit.. Hehehe.. Salam sayang semua.. ^___^

3 comments:

  1. Hehehehe iya ke?! now Qis da nampak akan kecomelan dia.. wajah qis 4jam tu nampak comey putih nye qis.. Alhamdulillah mudah2an qis bila besar nanti akan menjadi anak yang membanggakan sis n hubby sis.. Salam peluk cium utk Qis tau ^_^

    ReplyDelete
  2. Helang merah.
    Smg qis mnjadi anak yg baik. Aminnnn
    Chiqien- thanks ckin.. Nanti giliran ko pulak.. Hehehe

    ReplyDelete