Apa itu branchial cyst? Ibu qis cerita dalam bahasa melayu je la erkk,sbb ramai pembaca blog ni kan org melayu..(sebenarnya ibu qis yang tak pandai berbahasa english,hehehe).. Branchial cyst adalah ketulan yang terbentuk di leher & kawasan tulang selangka. Ia adalah kecacatan kelahiran.. Punca cyst terbentuk semasa perkembangan embrio di mana tisu leher & kawasan tulang selangka tidak berkembamg secara normal..
Rasanya cukup kot informasi tu,kalau u all rasa nak tau lebih panjang,rajin2 la jumpa pakcik google.. Ngeee.. Dari sejak lahir sampai la sekarang,kalau di picit dekat lubang tu,ia akan mengeluarkan nanah bwarna kehijauan(tidak berbau).. Masa mula2 lahir dulu ibu qis x picit,jadi ketulan kat leher tu membesar seakan telur burung puyuh.. (branchial cyst infected).. Bila da ckup masak,ketulan tu pecah & mngeluarkan nanah yg banyak.. Ibu qis rujuk ke hospital klang & di masukkan ke wad pembedahan.. Masa tu ibu qis baru abis pantang.. Tak sempat ibu qis nak beraya sakan.. Hihihi..
![]() |
| gambar ni masa umur qis sebulan setengah.. Cian sangat kat dia kena cucuk amik darah,drip antibiotic.. Meraung2 menahan sakit.. Hmmmm.. |
Dekat atas ni gambar & video leher qis yang dah kena jangkitan..
Hospital klang belum cukup pakar tentang penyakit qis nie dan qis telah di rujuk ke hospital kuala lumpur.. Qis sepatut menjalani pembedahan pada bulan 12 tahun lepas tapi di tunda pada 25hb jun ini atas sebab yang tak dapat di elakkan.. Sama2 la kita mendoakan pembedahan itu berjaya & tiada sebarang komplikasi pada qis selepas pembedahan di jalankan.. Aminnnn..
Sebarang komen atau pertanyaan,sila tinggalkan komen di bawah ye.. Salam sayang dari qistina..


Ya Allah semoga Qis dikurniakan kesihatan yang baik... Hurmmm sabar ya sis me akan tetap mendoakan kesihatan yang berpanjangan uat Qis In Shaa Allah~ Amin Ya Robbal Alamin....
ReplyDeletehehehe...
ReplyDeletecomelnya gambar babyQis..
Smoga babyQis makin Sihat
sarah...moga2 baby qis shat hndkNya slps operate nnt... aku doakan moga ko n hubby tabah saat itu.. amin...
ReplyDeleteTerima kasih helang merah,rushan akmal,shikin same2 mndoakan kesihatan qis.. Yg mdoakan dari jauh,terima kasih byk2..
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletebaru terjumpa plak blog ni..pyakit anak kt hampir samala. anak sy d sahkan ada bilateral branchial arch sinus/ fistula. mmg drpd lahir da ada. dkt leher dia ada dua lubang kecik sebesar jarum peniti yg sentiasa kluar cecair jernih. kdg2 lubang tu pandai membengkak dan menjadi seperti benjolan yg mgeluarkan cecair kuning kehijauan (sgt bbau). mcm situasi awak jgk, sabah ni pun terhad dr yg tau psl pyakit ni. setelah hampir 3thn barula ktorg jumpa dr yg tau. skrg tgh tggu ct scan sblm operation. dulu qistina ada kena ct scan tak?
ReplyDeleteMaaf lmbat reply john smith.. Sbnarnya saya x aktif ber blog.. X pndai pun sbnarnya.. Hehe... Ye.. Sbelum buat operation tu doctor ada buat ct scan.. Situasi pnyakit anak awk sama dgn qis.. Cuma qis ada 1 lubang je sbesar jarum peniti.. Tp nanah yang keluar tu tidk mngeluarkan sbarang bau... Mcm mana ngan anak awk skrg.. Da buat operation ke...
ReplyDeletemakan herba untuk cyst ini 5 biji pagi 5 biji malam. konsisten 3 bulan. ada banyak testimoni cyst yang kecut dan hilang. cuba amalkan penawar cyst ini ye
ReplyDeleteBaru sy nmpk blog ni.. saya pn ada sakit ni sejak lahir lg.. skg umur da 37 tahun. Masa form 1 pnh bengkak sb tak boleh picit keluarkn nanah tu.. macam tersumbat. Bila dah bengkak sgt dia pecah sendiri.. maka melimpah2 lah nanah tu keluar, mmg agak berbau. Sy ada 2 lubang keci di leher. Sebelh tu keluar mcm lendir putih sebelah pula kluar nanah.
ReplyDelete